Saturday, 22 September 2012

Ya 'Azim,
Inginku luahkan kesyukuranku kepadaMu,
Kerana diantara berjuta manusia,
Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini,
Untuk menerima taufik & hidayah dariMu
dan menghijrahkan diriku daripada alam jahiliyyah,
Ke alam uluhiyyah & ubudiyyah.

Ya Allah,
Aku amat berterima kasih kepadaMu,
Kerana engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat
Dalam kehidupan duniawi yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering terlalai daripada mengingatiMu...
Memang tidak dinafikan lagi,
Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya 'Aziz,
Izinkan aku untuk terus berada di jalan yang engkau redhai ini, 
Untuk selama-lamanya,
Janganlah engkau terbalikkan hatiku kembali ke lorong gelap itu,
Yang membawa kepada kesesatan,
Ampunkanlah kejahilan & kelalaianku selama ini, Ya Rabb !!
Pimpin & bimbinglah hambaMu yang lemah ini ke arah meraih bunga-bunga cinta daripadaMu.

Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimananku,
Benarkanlah aku untuk terus merasai halawatul iman,
Pinjamkanlah kepadaku kekuatan  kesabaran,
Pekakkanlah telingaku daripada ejekan & sindiran,
Kebalkanlah jasadku daripada segala kesakitan,
Dalam menjalankan amanah yang telah Engkau pikulkan di bahuku sebagai khalifah di dunia yang serba sementara ini, Ya Rabb !!

Ya Khaliq,
Jadikanlah setiap hembusan nafasku,
Setiap kelipan mataku,
Setiap degupan jantungku,
Setiap helaian rambutku,
Setiap bait perkataanku,
Setiap hayunan tanganku,
Setiap langkahan kakiku,
Dan setiap titisan darahku,
Hanyalah untukMu, Ya Rabb !!  
 
SEBELUM AKU MENUTUP MATAKU INI BUAT SELAMA-LAMANYA,
SEBELUM TIBA AJALKU...